Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Korea Utara lancar 10 misil balistik ke Jepun (video)



SEOUL: Korea Utara dilaporkan melancarkan kira-kira 10 peluru berpandu balistik ke arah Laut Jepun dalam satu ujian ketenteraan terbaharu, menurut kenyataan tentera Korea Selatan.

Pelancaran itu dikesan berlaku sekitar jam 1.20 tengah hari waktu tempatan dari kawasan berhampiran Sunan di Pyongyang sebelum semua peluru berpandu tersebut terbang ke arah timur dan jatuh di perairan antara Semenanjung Korea dan Jepun.


Kementerian Pertahanan Jepun mengesahkan pihaknya turut mengesan objek yang dipercayai peluru berpandu dilancarkan dari wilayah Korea Utara ke arah laut berkenaan. Setakat ini, tiada laporan mengenai kerosakan atau kecederaan akibat kejadian tersebut.


Ujian peluru berpandu berkenaan berlaku ketika ketegangan keselamatan di rantau Asia Timur meningkat, khususnya selepas latihan ketenteraan bersama antara Amerika Syarikat dan Korea Selatan yang sering dikritik oleh Pyongyang.

Dalam perkembangan berkaitan, laporan media antarabangsa menyatakan Amerika Syarikat turut memindahkan beberapa sistem pertahanan udara seperti peluru berpandu Patriot dan THAAD dari Asia bagi memperkukuh operasi ketenteraan di Timur Tengah susulan konflik yang semakin memuncak dengan Iran. 

Langkah penempatan semula aset pertahanan itu dilaporkan bertujuan meningkatkan keupayaan tentera AS dan sekutunya menghadapi serangan peluru berpandu serta dron di rantau tersebut.

Pemerhati keselamatan berpendapat tindakan tersebut boleh menimbulkan kebimbangan di Asia Timur kerana sebahagian sistem pertahanan udara yang sebelum ini melindungi kawasan tersebut kini dialihkan ke kawasan konflik di Timur Tengah. 

-TunCarlos 

video: