Mengapa Iran masih belum tumbang? Ini tujuh sebab yang Trump tidak sedar
Walaupun berdepan tekanan hebat daripada kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan Israel, Iran masih belum jatuh.
Serangan ketenteraan, sekatan ekonomi, dan tekanan politik berterusan gagal menjatuhkan negara ini sepenuhnya.
Isu ini memang banyak dibincangkan oleh pakar, penganalisis tentera, dan ahli akademik antarabangsa seperti Mona Yacoubian, Seth G. Jones, Alex Vatanka, John Phillips, Robert S. Burrell dan ramai lagi.
Jadi, apa sebenarnya yang membuatkan Iran masih bertahan?
Berikut adalah 7 kekuatan tersembunyi yang menjadikan Iran sukar untuk dijatuhkan:
1. Struktur Kepimpinan yang Tahan Lasak
Walaupun pemimpin tertinggi dan beberapa tokoh penting terbunuh dalam konflik, sistem pemerintahan Iran tidak lumpuh.
Iran mempunyai struktur kuasa yang kompleks. Gabungan ulama, tentera, dan institusi politik.
Maksudnya ada "backup banyak layer" yang membolehkan penggantian kepimpinan berlaku dengan cepat tanpa menjejaskan operasi negara.
2. Tentera Berlapis & Sukar Dihancurkan
Iran tidak bergantung pada satu angkatan sahaja. Mereka mempunyai:
Tentera biasa (Artesh)
Pengawal Revolusi (IRGC)
Rangkaian militia dan proksi
Struktur ini sengaja diwujudkan supaya walaupun satu bahagian lumpuh, bahagian lain masih boleh berfungsi.
3. Strategi Perang Asimetri
Iran tidak melawan secara konvensional seperti negara Barat.
Sebaliknya, mereka guna:
*Drone murah tetapi efektif
*Serangan peluru berpandu berterusan
*Serangan siber & proksi
Contohnya, drone Iran yang murah mampu memberi tekanan besar kepada sistem pertahanan mahal pihak lawan.
4. Keupayaan Ganggu Ekonomi Global
Iran tahu mereka mungkin lemah dari segi ketenteraan konvensional, tetapi mereka kuat dalam perang ekonomi.
Mereka mampu:
*Mengganggu laluan penting seperti Selat Hormuz
*Menjejaskan bekalan minyak dunia
*Mencetuskan ketidakstabilan harga global
Kesan ini memberi tekanan kepada seluruh dunia, bukan hanya musuh mereka.
5. Keupayaan Bertahan di Bawah Sekatan
Selama puluhan tahun dikenakan sekatan ekonomi, Iran telah “terbiasa” hidup dalam tekanan.
Mereka membina:
*Ekonomi bayangan (black market)
*Hubungan dengan negara seperti China & Rusia
*Industri tempatan sendiri
Ini menjadikan sekatan luar ketika perang kurang memberi kesan berbanding negara lain.
6. Pengeluaran Senjata Sendiri
Disebabkan sekatan, Iran terpaksa membangunkan teknologi ketenteraan sendiri.
Hasilnya:
*Mereka boleh menghasilkan peluru berpandu dan drone sendiri
*Kos lebih murah
*Mudah diganti walaupun banyak dimusnahkan
Ini membolehkan Iran terus berperang dalam jangka panjang.
7. Mentaliti “Survival Mode”
Strategi utama Iran bukan untuk menang besar, tetapi bertahan lama.
Pendekatan mereka:
*Terima kerosakan awal
*Simpan kekuatan untuk serangan balas
*Panjangkan konflik sehingga musuh penat
Analisis menunjukkan Iran mampu mengekalkan serangan berskala kecil untuk tempoh lama kerana kosnya rendah dan sistemnya tersebar.
Kesimpulan
Iran mungkin kelihatan lemah dari luar, tetapi sebenarnya mempunyai kekuatan tersembunyi yang menjadikannya sukar dijatuhkan.
Mereka tidak perlu menang secara mutlak. cukup sekadar:
*Bertahan
*Mengganggu
*Memaksa musuh menanggung kos tinggi
Itulah sebab utama mengapa, sehingga hari ini, Iran masih belum tumbang.
-TunCarlos

