Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

5 sukarelawan flotilla Malaysia selamat tiba tanah air


SEPANG: Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan enam sukarelawan misi Global Sumud Flotilla (GSF) iaitu lima wakil Malaysia dan seorang wakil Brunei disahkan selamat tiba di tanah air, semalam.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim, berkata mereka akan berada di SNCC malam ini bagi meneruskan penugasan bersama pasukan operasi termasuk menyalurkan maklumat terkini berkaitan misi GSF.


"Selain itu, dua lagi wakil Malaysia kini berada di Amman, Jordan untuk membantu pasukan perundangan yang sedang menguruskan isu tahanan.

"SNCC turut mengadakan pertemuan bersama keluarga sukarelawan GSF selama hampir empat jam semalam bagi menyampaikan amanat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Menerusi amanat itu, Perdana Menteri menegaskan beliau sendiri akan mengetuai usaha membebaskan tahanan misi berkenaan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, antara enam individu berkenaan adalah Abdul Rahim Azhari, Muhammad Khairin Afiq Mohd Subkhi, Ahmad Safuan Ujar, Tuan Mohd Asri Tuan Hussein, Nur Ilham Fansuri Zainal Rashid dan Rezahmaisalamah Md Yusof (Brunei).

Sementara itu, dua lagi sukarelawan Malaysia iaitu Hidayat Abdullah dan Nik Aziz Nik Mohammad yang juga tidak dapat meneruskan misi berkenaan, dihantar ke Jordan bagi membantu pasukan peguam Malaysia.