SATU laporan oleh The New York Times mendakwa serpihan misil Amerika ditemui di lokasi sebuah sekolah di Iran yang dilaporkan terkena serangan.
Menurut gambar yang dikeluarkan oleh kerajaan Iran, beberapa serpihan senjata ditemui berhampiran runtuhan sekolah tersebut.
Pihak berkuasa mendakwa serpihan itu dikenal pasti sebagai komponen misil jelajah Tomahawk cruise missile.
Dalam kejadian yang dilaporkan berlaku pada 28 Februari, kira-kira 175 orang terbunuh, dengan kebanyakan mangsa dipercayai kanak-kanak.
Analisis yang dijalankan oleh The New York Times menyatakan sekolah berkenaan kemungkinan terkena serangan ketika Amerika Syarikat melancarkan beberapa serangan ke atas sebuah pangkalan tentera laut yang terletak berhampiran kawasan tersebut.
Pada masa sama, agensi berita Iran Mehr News Agency turut menyiarkan satu rakaman video yang didakwa menunjukkan serangan misil Tomahawk ke atas sebuah bangunan perubatan di pangkalan berkenaan
-Tuncarlos.com
video:


