Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

UMNO umum tubuh Konvensyen Melayu Bandar, lantik Johari semak RUU URA


KENYATAAN MEDIA

1.  UMNO mengumumkan pelantikan YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Naib Presiden UMNO untuk mengetuai Pasukan Khas UMNO bagi penambahbaikan Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (PSB).

2.  Pasukan Khas ini bertanggungjawab meneliti dan memperhalusi setiap aspek Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (PSB) secara terperinci sebelum dibentangkan dalam Konvensyen Melayu Bandar.


3.  Konvensyen Melayu Bandar ini bakal melibatkan kepimpinan tertinggi UMNO daripada Negeri-Negeri dan Bahagian-Bahagian seluruh Malaysia, parti-parti politik Melayu, Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan, Ahli-Ahli Akademik dan masyarakat sivil yang akan diadakan pada penghujung bulan September.

4.  Resolusi Konvensyen Melayu Bandar kelak akan diserahkan kepada YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar bin Ibrahim.

DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
03 SEPTEMBER 2025