Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pemimpin kanan terkenal parti politik ditangkap khalwat

 
gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang pemimpin kanan sebuah parti politik ditangkap khalwat bersama seorang wanita oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada Khamis.

Sumber memberitahu, pemimpin berusia 44 tahun itu ditangkap kira-kira 6 petang di sebuah kediaman di Petaling Jaya, Selangor.


"Pasukan penguat kuasa JAIS dengan kekuatan lima orang tiba dan masuk ke kediaman itu. Ketika serbuan, pemimpin dan wanita terbabit berada di rumah tersebut," katanya.

Kedua-dua individu terbabit dibawa ke Pejabat JAIS di Shah Alam untuk proses dokumentasi.