LUANG PRABANG: Polis Laos berjaya menggagalkan satu sindiket pengedaran dadah antarabangsa di kawasan lapangan terbang Luang Prabang ketika mereka sedang bersiap untuk membawa lebih setengah tan syabu keluar dari Laos menggunakan sebuah jet peribadi.
Pesawat milik siapa?
Rekod rasmi menunjukkan:
Registration: N73GP
Jenis: Learjet 55B
Serial number: 55-127
Tahun: 1986
Nombor pendaftaran AS
Registered owner: TVPX ARS INC TRUSTEE
Lokasi pemilik berdaftar: North Salt Lake, Utah, Amerika Syarikat
KRONOLOGI
-Polis sudah menerima risikan pada 21 September, kira-kira 10 hari sebelum operasi.
-Kemudian pada 26 September, mereka mendapat maklumat bahawa jadual penerbangan telah diubah kepada 1 Oktober.
-Polis kemudiannya memantau pesawat tersebut sehingga ke hari ini
-Polis kemudiannya membuat serbuan dan pemantauan di Lapangan Terbang Antarabangsa Luang Prabang.
-Polis mendapati sebuah jet peribadi jenis Learjet dengan nombor pendaftaran N73GP telah tiba dari Malaysia pada jam 11.30 pagi dan berada di kawasan lapangan terbang.
-Pada kira-kira 1.30 petang, dua buah kenderaan datang berhenti di hadapan lapangan terbang.
-Beberapa kakitangan lapangan terbang kemudiannya memindahkan 23 beg dari kedua-dua kenderaan tersebut ke troli lapangan terbang.
-Selepas beg-beg itu diturunkan, kedua-dua kenderaan berkenaan terus meninggalkan lapangan terbang.
-Kakitangan lapangan terbang kemudian membawa 23 beg tersebut melalui pemeriksaan X-ray.
-Pada pemeriksaan awal, beg-beg itu diisytiharkan mengandungi barangan peribadi dengan jumlah berat kira-kira 180 kilogram.
-Namun ketika beg-beg tersebut hendak dibawa ke kawasan pesawat untuk dimuatkan ke dalam Learjet, pihak berkuasa serbu dan buat pemeriksaan.
-Hasil pemeriksaan polis mendapati kesemua 23 beg mengandungi dadah jenis crystal methamphetamine (syabu) yang dibungkus dalam beg plastik berwarna ungu.
Hasil rapasan:
- 500 bungkusan syabu
- Berat keseluruhan: 521 kilogram
Polis kemudian menahan:
- 1 juruterbang, warga Filipina
- 1 pembantu juruterbang, warga Singapura
- 1 penumpang, warga Malaysia
- 3 pekerja syarikat perkhidmatan darat lapangan terbang, warga Laos
- 7 kakitangan Lapangan Terbang Luang Prabang yang bertugas mengendalikan pemeriksaan X-ray, warga Laos
Jumlah keseluruhan yang ditahan ialah 13 orang.
Kesemua 13 suspek dibawa ke tahanan untuk siasatan lanjut bagi mengenal pasti rangkaian serta pihak lain yang terlibat dalam sindiket pengedaran dadah antarabangsa tersebut.
-TunCarlos






