Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tertekan selepas menang Anugerah Melodi, Sophia Albarakbah buat laporan polis (video)


Pelakon Sophia Albarakbah akan membuat laporan polis petang ini mendakwa tidak mahu terus menjadi mangsa buli siber dan gangguan seksual.

Memetik BH Online, pengurus Sophia dikenali sebagai Nik Yasmin berkata pihaknya akan berkongsikan lebih lanjut selepas laporan polis dibuat.


“Maklumat penuh akan kami kongsikan kepada media selepas laporan polis selesai dibuat petang ini,” katanya.


Sementara itu, dalam satu kenyataan daripada firma guaman Tetuan Aizat Izuan Shakeel berkata laporan polis dibuat sebagai langkah mempertahankan hak anak guamnya dari terus menjadi mangsa buli siber.

“Satu kenyataan dan sidang media juga akan disampaikan untuk memberikan pencerahan mengenai laporan polis yang akan dibuat serta usaha lanjut untuk menangani isu buli digital terhadap wanita di industri hiburan,” katanya.

Ahad lalu, hangat diperkatakan apabila Sophia menerima anugerah Selebriti Feminin Terhangat di Anugerah Melodi Terhangat yang disampaikan oleh Bella Astillah.

Sumber: BH Online

video: