Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kenapa Trump Turunkan Tarif Kepada Malaysia 19%, Apa Kesannya?


KENAPA TRUMP TURUNKAN TARIF KEPADA MALAYSIA 19% DAN APA KESAN TERHADAP EKONOMI, RINGGIT DAN RAKYAT MALAYSIA?

Pada 1 Ogos 2025, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, telah turunkan kadar tarif import terhadap barangan dari Malaysia kepada 19%, berbanding kadar asal yang sebelum ini sebanyak  24% dan 25%.


Berikut adalah sebab penurunan tarif: 

1. RUNDINGAN DIPLOMATIK MALAYSIA-AS

Kerajaan Malaysia terutama Kementerian Luar Negeri dan MITI sejak belakangan ini telah menjalankan rundingan secara aktif dengan pihak AS melalui pelbagai saluran diplomatik bagi memastikan Malaysia tidak dikenakan tarif yang terlalu tinggi. Usaha ini membuahkan hasil apabila tarif diturunkan selepas semakan semula oleh pihak AS.

2. TRUMP TERSALAH DATA DAN DASAR “RECIPROCAL TARIFF"(Tarif Timbal Balik).

Sebelum ini, Trump mendakwa Malaysia mengenakan tarif tinggi terhadap barangan AS, lalu mengenakan tarif balas sebanyak 24%. Selepas rundingan dan semakan data, rupanya tarif Malaysia terhadap barangan AS didapati tidak setinggi yang disangka, jadi tarif dikurangkan kepada 19%.

3. SEKTOR STRATEGIK DIKECUALIKAN TARIF

Barangan tertentu seperti semikonduktor, barangan elektronik, dan farmaseutikal tidak dikenakan tarif tambahan (Zero Tarif) . Ini kerana sektor ini amat penting kepada AS.

 4. PENGARUH KEPENGERUSIAN ASEAN

Negara-negara ASEAN lain seperti Thailand dan Kemboja juga menerima kadar tarif yang sama (19%). Maknanya kita berunding agar AS  menggunakan satu pendekatan yang seragam secara en-bloc terhadap negara-negara ASEAN selepas rundingan bersama. Malaysia selaku Pengerusi ASEAN. 

Janganlah banding  dengan Singapura (dapat 10%). Itu negara kesayangan AS. Lagipun trade Singapore defisit dengan AS. Sedangkan trade Malaysia surplus RM50 billion dengan AS.  

_____________________

Jadi, apa pula kesan penurunan tarif terhadap ekonomi negara, nilai ringgit, dan pengguna tempatan? 

 1. KESAN TERHADAP EKONOMI MALAYSIA

- Peluang Eksport Bertambah

Barangan Malaysia seperti elektronik, produk getah, tekstil dan makanan akan jadi lebih kompetitif di pasaran Amerika. Syarikat tempatan akan dapat lebih banyak tempahan kerana harga menjadi lebih menarik di AS.

- Tarikan Pelabur Asing (FDI)

Malaysia akan dilihat sebagai lokasi strategik oleh syarikat multinasional yang mahu elak tarif tinggi di negara lain (seperti China). Ini boleh galakkan penghijrahan kilang dan pelaburan baru masuk ke Malaysia.

- Kesan kepada Syarikat Besar dan PKS

Syarikat besar (pengeluar elektronik) akan untung paling banyak. PKS (perniagaan kecil dan sederhana) akan dapat tempias positif.

 2. KESAN TERHADAP RINGGIT

- Potensi Pengukuhan Ringgit

Jika eksport ke AS bertambah, permintaan terhadap ringgit naik (syarikat perlu tukar USD kepada RM untuk kos operasi).Ini boleh menyebabkan ringgit sedikit mengukuh dalam jangka pendek.

3. KESAN TERHADAP RAKYAT TEMPATAN

- Peluang Pekerjaan Meningkat

Jika kilang tempatan berkembang kerana eksport naik, ini boleh cipta lebih banyak pekerjaan. Gaji mungkin meningkat dalam sektor tertentu (seperti pembuatan & logistik).

TETAPI harga barang tempatan mungkin naik sedikit. Sesetengah produk buatan Malaysia yang laris di AS mungkin lebih banyak dihantar ke luar, menyebabkan bekalan dalam negara berkurang, harga naik sedikit.

Contoh: sarung tangan, sarung kaki, komponen elektronik.

- Lebih Banyak Produk Luar Masuk Balik

Jika hubungan dagangan Malaysia-AS bertambah baik, kita mungkin dapat akses lebih banyak produk dari AS dengan harga kompetitif. Jadi baik untuk pengguna. 

KESIMPULANNYA

Tarif dah turun, yang naik sekarang cuma tekanan darah pembangkang sebab Anwar tak Turun.

-TunCarlos

sunber: FACEBOOK