Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kuat fitnah, Ketua UMNO Maran heret Ketua Penerangan PAS Maran ke mahkamah


Tindakan Undang-Undang Terhadap Kenyataan Fitnah di Media Sosial

Saya, Dato’ Sri Shahaniza Binti Shamsuddin, telah memfailkan satu tindakan saman fitnah di Mahkamah Tinggi Temerloh terhadap Encik Muhammad Salman Al Farisi berhubung siri kenyataan tidak benar dan berniat jahat yang telah diterbitkan beliau di media sosial, termasuk TikTok dan Facebook, pada 3 dan 29 Julai 2025.

Kenyataan-kenyataan tersebut bukan sahaja mengandungi tuduhan palsu terhadap saya sebagai pemimpin masyarakat, malah turut mencemar imej saya sebagai Ketua UMNO Bahagian Maran, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia dan Ketua Penerangan Umno Pahang.


Tuduhan bahawa saya “melakonkan projek air”, melanggar peraturan KPM, berkempen politik dalam sekolah dan menyogok pelajar dengan makanan segera adalah tidak berasas, berunsur fitnah, dan berniat menjatuhkan maruah serta kredibiliti saya secara terbuka.

Saya ingin tegaskan bahawa:

 • Lawatan saya ke tapak projek adalah sebahagian daripada peranan menyampaikan maklumat projek rakyat oleh PAIP, bukan sandiwara.

 • Kehadiran saya ke sekolah adalah atas kapasiti sah sebagai Pengerusi KPIBKS Maran, bukan untuk tujuan politik.

 • Tiada sebarang unsur sogokan atau kempen politik dilakukan dalam program tersebut.

Saya telah mengarahkan peguamcara saya, Tetuan Adnan Sharida & Associates, untuk mengambil tindakan undang-undang penuh terhadap pihak tersebut, termasuk memohon injunksi, permohonan maaf secara rasmi dan pampasan sewajarnya.

Kes ini telah ditetapkan untuk pengurusan di Mahkamah Tinggi Temerloh pada 28 Ogos 2025.

Tindakan ini bukan semata-mata untuk mempertahankan nama saya, tetapi sebagai peringatan penting agar politik kebencian dan fitnah tidak menjadi budaya dalam wacana awam, apatah lagi melibatkan tokoh muda yang sepatutnya menjadi agen perubahan matang dan bertanggungjawab.

Saya percaya kepada proses perundangan dan menyerahkan kepada Mahkamah untuk menilai secara adil.

Sekian, terima kasih.

Dato’ Sri Shahaniza Binti Shamsuddin
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia
Ketua Penerangan Umno Negeri Pahang
Ketua UMNO Bahagian Maran

Jumaat
1hb Ogos ,2025