Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

220 penumpang, 12 anak kapal terhempas dalam nahas Air India (video)


NEW DELHI - Sebuah pesawat milik Air India yang membawa lebih 200 penumpang dilaporkan terhempas berhampiran lapangan terbang di bandar Ahmedabad, barat India, menurut kenyataan syarikat penerbangan itu dan pihak polis pada Khamis, tanpa menyatakan jumlah mangsa yang terkorban.

Pesawat berkenaan dalam penerbangan menuju ke Lapangan Terbang Gatwick di London, menurut Air India, manakala pihak polis memaklumkan nahas berlaku di kawasan kediaman berhampiran lapangan terbang tersebut.


"Kami sedang mendapatkan maklumat lanjut dan akan berkongsi perkembangan terkini secepat mungkin," kata Air India menerusi hantaran di platform X.

Saluran televisyen tempatan melaporkan insiden berlaku ketika pesawat itu sedang berlepas. Sementara rakaman video yang disiarkan menunjukkan serpihan pesawat terbakar dengan asap tebal berwarna hitam menjulang tinggi berhampiran kawasan lapangan terbang.

Rakaman turut memaparkan mangsa dipindahkan menggunakan pengusung dan dibawa menaiki ambulans.

Menurut agensi berita ANI yang memetik bilik kawalan polis negeri Gujarat, seramai 242 orang berada dalam pesawat tersebut.

Bagaimanapun, saluran CNN News18 melaporkan pesawat membawa 220 penumpang dan 12 anak kapal. -Agensi

video: