Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kes simbah asid, polis kesan pemilik Instagram Muhammad Imran Suresh


KUALA LUMPUR - Polis sedang mengenal pasti pemilik media sosial dikenali Muhammad Imran Suresh susulan kenyataannya mengenai kejadian simbah asid membabitkan tonggak skuad Selangor FC, Faisal Halim.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, individu berkenaan mendakwa mempunyai maklumat berkaitan kejadian yang menimpa Faisal.


“Jadi, kita mahu kesan dia untuk melihat maklumat apa yang dia ada boleh membantu siasatan.

“Mana-mana individu yang mempunyai apa-apa maklumat berkaitan boleh tampil kepada polis, bukan mengeluarkan kenyataan sehingga boleh menjejaskan siasatan,” katanya pada Rabu.

Tambah Razarudin, siasatan masih dijalankan pelbagai sudut terhadap suspek yang ditahan dan direman polis.

Justeru itu, orang ramai diingatkan tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak betul yang boleh menjejaskan siasatan

Sejak Selasa, seorang pemilik laman sosial Istagram itu mendakwa dia telah dipanggil polis bagi membantu siasatan kes melibatkan Faisal.

Pemilik akaun media sosial itu mendakwa mempunyai maklumat dan diminta menutup mulut mendedahkan mengenai kejadian sebenar yang menimpa pemain berkenaan.

Dalam kejadian pada Ahad lalu, Faisal dilapor alami melecur tahap empat selepas disimbah asid dipercayai oleh dua individu bermotosikal di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya.

Susulan itu, polis berjaya memberkas dua lelaki secara berasingan di Pandan Indah, Ampang dan Bangi pada Ahad serta Isnin lalu.