Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

MKT Umno boleh gulingkan Zahid -Noh Omar


 
KUALA SELANGOR: Penyandang kerusi Presiden UMNO boleh disingkirkan melalui undi tidak percaya sekiranya usul tersebut mendapat sokongan dua pertiga daripada anggota dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu.

Menurut bekas anggotanya, Tan Sri Noh Omar, usul tersebut boleh dibawa masuk ke dalam mesyuarat, namun mustahil untuk memastikan undi tidak pecaya itu mendapat sokongan sedemikian berdasarkan komposisi anggota MKT.

Kalau hendak singkir, kena ada dua pertiga daripada MKT, kalau kata dia buat keputusan undi tak percaya dan sebagainya kena dapat dua pertiga. Kalau tak dapat, tak boleh buat. Bukannya mudah, daripada pengalaman saya hendak dapat dua pertiga dalam sesuatu keputusan bukannya mudah.

“Kita kena ingat yang bertanding 25 kerusi, tetapi yang dilantik berapa ramai? Itu yang tak dapat. Takkan yang dilantik hendak ikut yang dipilih. Jadi, kalau kata hendak gulingkan presiden, saya ingat mustahil. Kena ikut perlembagaan,” katanya ditemui pemberita hari ini.


UMNO akan melalui pemilihan kepimpinan dari Naib Presiden dan MKT pada peringkat pimpinan pusat serta ketua bahagian pada Sabtu ini.

Dalam pada itu, Noh yang juga bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang dan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor menjelaskan bersedia kembali kepada parti jika kepimpinan terutama presiden bertukar.

“Kalau tukar presiden mungkin saya boleh comeback, sebab dia yang pecat saya. Yang pecat saya bukan Lembaga Disiplin, MKT, saya selalu sebut. Kalau Lembaga Disiplin pecat saya kena ada laporan, tetapi kes saya Lembaga Disiplin belum bermesyuarat tetapi keputusan sudah dibuat.


“Keputusan yang dibuat pula bukan daripada MKT. Kalau kes saya ini dibahaskan MKT kemudian diundi macam kes Datuk Lokman Adam, bila hendak pecat beliau kena bawa dalam MKT ada sokong dan tidak,” jelasnya.

Terdahulu beliau yang kini menjadi Pengerusi Kelab Pendidikan Parlimen Tanjong Karang ditemui selepas menyampaikan bantuan persekolahan kepada 400 orang dalam Program ‘Back to School’ di sekitar kawasan tersebut.

Menurutnya, kelab tersebut diasaskan sejak tahun lalu apabila melihat kepentingan pendidikan untuk mengubah nasib masyarakat dan menganggap kemiskinan tidak wajar menjadi ‘harta yang diwarisi’. 

– UTUSAN