Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Biadab, jenama terkenal cetak nama Allah atas baju (video)


MELBOURNE, 14 Mac 2023 – Jenama pakaian mewah Australia bertindak biadap apabila mencetak nama Allah di atas baju yang diperagakan di pentas fesyen Sabtu lalu.

Jenama Not A Man’s Dream, mempamerkan dua reka bentuk pakaian dalam pertunjukan terakhir Festival Fesyen Melbourne di mana salah satu rekaan menampilkan seorang model memakai ‘jumpsuit’ tanpa lengan diperbuat daripada fabrik lutsinar dengan tulisan Arab bertulis ‘Allah berjalan bersama saya’ (الله يمشي معي) di seluruh badannya.

Kepala, leher dan telinga model itu juga ditutup dengan kain yang sama, yang dianggap oleh sesetengah orang sebagai menyerupai tudung atau hijab, pakaian yang dipakai Muslimah.

Menurut Mona Khalifa, blogger fesyen Muslim yang menghadiri pertunjukan itu, beliau amat “terganggu” apabila melihat rekaan itu di depan mata.

“Menggunakan frasa suci dan menulis kalimah ‘Allah’ dalam bahasa Arab, yang suci kepada orang Islam tetapi juga orang Kristian … adalah salah dalam banyak peringkat.”

Berikutan itu, Mona Khalifa telah memuat naik satu video TikTok meluahkan rasa amarah dan kesalnya dengan rekaan fesyen tersebut.


Tegasnya, rekaan itu “secara terang-terangan tidak menghormati” untuk orang Islam dan Kristian Arab yang berkongsi perkataan Arab yang sama untuk ‘Tuhan’.

Susulan kontroversi yang berlaku, Festival Fesyen Melbourne dan pereka fesyen Not A Man’s Dream telah mengeluarkan kenyataan media memohon maaf.

“Festival ini tidak berniat untuk tidak menghormati sesiapa dan kami memohon maaf atas sebarang kesalahan yang dilakukan.”

video: