Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Wanita nyaris maut, langgar tiang rumah (video)


SIK, KEDAH: Seorang suri rumah nyaris maut selepas kereta dipandu terbabas dan melanggar tiang sebuah rumah sebelum terbalik ketika cuba mengelak seekor babi melintas di Kampung Charuk Tenang, di sini, semalam.

Nurul Ajman Yub, 28, mengalami lebam tangan kanan serta sakit pada bahu kanan, dada, kaki kanan serta badan.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman, berkata kejadian jam 4 petang membabitkan sebuah kereta Perodua Alza.


Beliau berkata, siasatan awal mendapati wanita itu dipercayai dari arah Sik selepas menghadiri majlis kenduri di Pondok Beris Jaya menghala ke rumahnya di Kampung Landai, di sini.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, tiba-tiba seekor babi melintas dari bahu jalan ke kanan. Disebabkan jarak dekat, pemandu cuba mengelak ke kanan jalan, namun terbabas dan melanggar tiang rumah sebelum terbalik.

"Kes disiasat mengikut di bawah Rule 10 LN166/59 dan siasatan lanjut akan diteruskan," katanya, hari ini

video:

Sumber: Berita Harian