Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Zahid perlu letak jawatan -Ismail Sabri (video)


PUTRAJAYA: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu berjiwa besar mendengar pandangan ahli-ahli parti UMNO untuk beliau meletak jawatan sebagai mengambil tanggungjawab atas kekalahan teruk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Itu pendirian tegas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai mesej kepada Presiden UMNO itu untuk mendengar pandangan ahli-ahli parti dan tidak boleh bertindak memekakkan telinga sahaja. 

Naib Presiden UMNO itu berkata, setiap kepimpinan mana-mana pertubuhan pasti mengambil tindakan sama apabila parti mengalami kekalahan, pastinya ada seorang pemimpin mesti dipertanggungjawabkan. 

“Presiden mesti berjiwa besar (meletak jawatan), mesti mendengar pandangan daripada ahli, tidak boleh memekakkan telinga sahaja dari segi pandangan ahli, tak boleh. 

“Ini adalah pandangan dari ahli dan setiap kepimpinan dalam pertubuhan mana-mana apabila parti mengalami kekalahan dan sebagianya ada seorg mesti dipertangungjawabkan.

“Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak), bila kalah hari ini (PRU14), esok terus letak jawatan. Itu pemimpin berjiwa besar. Jadi saya percaya Datuk Zahid juga seorang pemimpin berjiwa besar. Saya harap beliau fikirkan dan ambil kira pandangan ahli tentang apa yang patut dilakukan,” katanya dalam satu video Tiktok.


Mengulas mengenai pilihan yang patut Barisan Nasional (BN) ambil sama ada untuk menyokong Perikatan Nasional (PN) atau Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk kerajaan, Ismail SAbri berkata, BN tidak memilih kedua-duanya. 

“Kita maintain (kekal) dengan BN sahaja. Kalau kita boleh memerintah, kita memerintah sendiri, kalau tak boleh, (maka) tak payah (tak perlu),” katanya. 

video: 



– UTUSAN