Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Surat BN kepada Agong, MCA gesa Zahid letak jawatan


KUALA LUMPUR: Teka-teki mengenai kesahihan surat yang didakwa dihantar Pengerusi Barisan Nasional (BN) kepada Istana Negara, menyokong Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 akhirnya terjawab.

Dalam kenyataan terbaharu kepada media, Setiausaha Agung MCA Datuk Chong Sin Woon dan Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran mendakwa tindakan Ahmad Zahid tidak bersandarkan kepada ketetapan Dewan Tertinggi BN.

Chong berkata, surat daripada Presiden UMNO itu kononnya BN memberi sepenuh kepercayaan dan sokongan kepada Anwar, bukanlah keputusan yang dibuat secara konsensus dalam Mesyuarat semalam.

“Sebaliknya, Dewan Tertinggi BN kekal dengan pendirian berkecuali, dan tidak menyokong mana-mana pihak buat masa ini.

“Apa yang berlaku dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN malam tadi, MCA dan lain-lain parti komponen BN mempersoalkan tindakan Ahmad Zahid yang dilihat jelas bercanggah dengan apa yang diputuskan Dewan Tertinggi BN.

“Pada mulanya beliau cuba menafikan mengenai surat tersebut, namun mengakuinya selepas salah seorang anggota Dewan Tertinggi BN mengemukakan bukti sahih,” kata Chong dalam kenyataan itu.


Chong berkata, surat yang dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong itu jelas melanggar ketetapan Dewan Tertinggi BN, dan dilihat mempersembahkan maklumat salah kepada Seri Paduka Baginda.

Justeru, tegasnya lagi, MCA percaya Ahmad Zahid tidak lagi layak memimpin BN sebagai pengerusi, dan sekali lagi menggesa beliau meletakkan jawatan, dan biarkan ia dipangku Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan seperti yang disarankan Dewan Tertinggi BN malam tadi.




Memetik laporan MalaysiaKini, Vigneswaran berkata, Ahmad Zahid mengakui telah menghantar surat kepada Istana Negara selepas sepuluh Ahli Parlimen BN menarik balik sokongan mereka kepada Perikatan Nasional, dan kekal neutral.