Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

PN tawar BN jawatan Perdana Menteri


Menurut laporan dari Sinar Harian, Perikatan Nasional (PN) didakwa menawarkan BN jawatan Perdana Menteri ke-10 sekiranya kedua-dua gabungan itu membentuk kerajaan perpaduan.

PN didakwa menyokong sekiranya Bendahari Agung BN, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien Onn dilantik ke jawatan tersebut.

Menurut laporan tersebut, ketika ini Majlis Tertinggi BN akan berbincang sama ada menerima tawaran PN atau Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan baharu.


Selain itu laporan tersebut turut memaklumkan, sumber daripada beberapa parti komponen BN turut mendedahkan keputusan mengenainya akan disampaikan kepada 30 ahli Parlimen BN esok, seterusnya perlu diterima.

"Kami telah memutuskan untuk bertemu di tempat berkecuali, bukan di halaman UMNO atau Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia)," menurut laporan itu.

Dakwaan tidak benar

Sementara itu Hishammuddin melalui Facebook beliau telah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan mengenai tawaran jawatan tersebut.

"Ramai menyebarkan artikel ini - saya ingin mengesahkan bahawa dakwaan ini tidak benar sama sekali."ujar Hishammuddin

"Saya tidak sesekali terlibat dalam sebarang rundingan, sama ada dengan Perikatan Nasional, mahupun Pakatan Harapan. 

"Saya juga tidak pernah ditawarkan apa-apa jawatan. Jika pihak Sinar Harian tidak menarik semula artikel ini dengan serta merta, saya akan mengambil tindakan undang-undang.



Ketika ini Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sedang bermesyuarat bagi meneliti tawaran dan syarat dikemukakan bagi pembentukan kerajaan perpaduan, seperti dititahkan Yang di-Pertuan Agong.

-Sinar