Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Polis berjaya halang 100 penunjuk perasaan hampiri Dataran Merdeka



Sebahagian besar jalan-jalan di Kuala Lumpur telah disekat pergerakan lalu lintas.

Ini ketika pihak berkuasa cuba mengawal bantahan yang dirancang menuntut tindakan terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki.

Seramai lebih kurang 100 peserta bantahan dilihat telah berhimpun di Bangsar untuk bergerak ke Dataran Merdeka, tetapi telah dihalang oleh FRU dan Polis.

Penganjur bantahan berkumpul di stesen LRT Bangsar bermula pada pukul 11 pagi hari ini.

11.45 pagi - Jalan Travers - Sekitar 150 penunjuk perasaan berarak dari Jalan Bangsar ke Jalan Travers, berjarak kira-kira 1km.

Antara yang ikut serta bantahan seorang wanita berusia 31 tahun yang memperkenalkan dirinya sebagai Moori.

Katanya, keputusannya menyertai protes itu bertujuan untuk menuntut keadilan.

“Jika ada keadilan, kami tidak akan berada di sini, dan ia adalah masa yang sangat salah kerana keadaan wabak. Jika ada pilihan saya pasti akan memilih untuk tidak keluar.

"Saya di sini hanya kerana saya sedih dan bimbang dengan hala tuju negara kita. Ini (rasuah) perlu dihentikan," katanya.

Gambar: MalaysiaKini

Gambar: MalaysiaKini

Gambar: MalaysiaKini

Gambar: MalaysiaKini

Gambar: MalaysiaKini



Terdahulu, Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, penganjuran perhimpunan #TangkapAzamBaki jelas melanggar undang-undang Peraturan 9 (Larangan Berarak) dan Peraturan 10 (Kawalan Berhimpun) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah – Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021.

"Polis tidak menerima sebarang pemberitahuan perhimpunan dari mana-mana individu atau pihak seperti yang digariskan dalam Akta Perhimpunan Aman 2012 di mana pihak penganjur perlu memaklumkan kepada kami.

"Kami menasihati orang ramai supaya tidak menyertai sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang serta prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan demi menjaga keselamatan, ketenteraman awam serta kesihatan umum.

"Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang dikesan masih berdegil menganjurkan atau menyertai sebarang perhimpunan dan akan mengambil tindakan tegas mengikut undang-undang," katanya.