Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

'Selagi ada dua individu ni, jahanam badminton Malaysia' -Roslin Hashim



KUALA LUMPUR – Bekas pemain nombor satu dunia, Roslin Hashim berasakan ada kepincangan dalam pengurusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang dilihat menjadi penyebab kepada pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mengambil keputusan meninggalkan badan induk itu.

Bagi Roslin, dia tidak menganggap tawaran RM4 juta kepada Zii Jia sebagai penyebab utama namun berdasarkan pengalamannya yang pernah bersama BAM sebelum ini, dia tahu sesuatu perlu dilakukan demi masa depan sukan badminton negara.

Tegas Roslin, pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa Zii Jia mengambil keputusan untuk keluar daripada BAM ketika dia masih belum sampai ke kemuncak prestasi.

“Persoalan sekarang kenapa Zii Jia keluar dari badan induk yang besar. Yang ada segala-galanya.”

“Kena ada proses bedah siasat. Kena tahu punca kenapa Zii Jia buat keputusan itu. Masalah sekarang saya rasa adalah pengurusan.”

“Bukan pasal pemain atau jurulatih. Benda ini perlu disiasat terutama oleh Pesuruhjaya Sukan,” katanya.

Roslin juga mempersoalkan mengapa bekas ketua jurulatih wanita negara, Chan Chong Meng meletakkan jawatan selepas hanya 18 bulan bersama BAM.

“Chong Meng masuk ke dalam BAM sebagai ketua jurulatih beregu wanita. Fikirlah tak sampai dua tahun dia letak jawatan.”

“Dalam pada waktu itu Chong Meng berjaya membentuk beregu wanita negara. Sekarang ini Zii Jia pula. Jadi saya rasa memang perlu siasat perkara ini,” katanya.

video kenyataan Roslin Hashim:

Sementara itu bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim turut menyarankan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) meneliti sama ada wujud kemelut dalaman dalam BAM sehingga mendorong Zii Jia bertindak meninggalkan BAM.

Jika tiada tindakan segera dilakukan, BAM dikhuatiri akan kehilangan lebih ramai pemainnya.

Zii Jia yang juga juara Seluruh England 2021 ketika ini menghuni ranking ketujuh dunia menghantar surat peletakan jawatan kepada BAM pada 11 Januari lalu.