Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Harga sayur naik seperti zaman PH buat netizen geram



PETALING JAYA: Sebuah infografik mengenai harga sayuran naik sebanyak RM2 sehingga RM12 sekilogram dalam satu hantaran bikin geram kalangan warganet  dalam platform sosial media Facebook. 

Dalam infografik tersebut, harga pasaran kubis bunga naik sebanyak RM8 iaitu daripada harga asal RM7 kepada RM16  sekilo dan harga pasaran sayur brokoli pula, naik sebanyak RM12 sekilo daripada harga asal RM8 kepada RM20. 

Hasil tinjauan di ruangan komen, ramai warganet berasa marah, kecewa kerana masalah ini berulang seperti yang terjadi ketika kerajaan sebelum ini iaitu Pakatan Harapan (PH). 

Pada ketika itu (zaman PH) harga bawang yang seringkali digunakan sebagai bahan utama untuk memasak naik sehingga 3 kali ganda,

“Mengapa kerajaan tidak mengawal harga barang? Tiada tindakan bagi mengatasi masalah kenaikan harga barang sekarang,” soal seorang warganet. 

Seorang lagi warganet mengeluh; “harga ayam masih mahal lagi, naik harga sayuran harian pula. Minyak masak juga kena catu seorang dalam dua atau tiga paket sahaja.”

“Nampak gayanya, kita perlu rajin menanam sayur-sayuran sendiri. Macam saya duduk dekat flat boleh pandai-pandai membuat sayur-sayuran sebagai dekorasi, gantung tepi pagar dan dinding,” luah seorang individu.  



Dalam pada itu, seorang warganet berasa keliru dengan kenaikan harga sayur-sayuran pada waktu ini.

“Mungkin atas faktor cuaca yang tidak menentu, kadang-kadang kering dan panas, kadang-kadang hujan atau ribut. Ia boleh jadi salah satu faktor sayur-sayuran naik harga berkali ganda. 

“Malaysia bakal mengalami masalah inflasi yang melampau,” kata seorang warganet. 

“Tolong kawal harga bahan mentah dan bahan kering, basah, semua. Kami peniaga ini semakin parah, nak naikkan harga jualan pelanggan mengadu. Jika tidak naik, tidak peroleh untung. Semakin teruk, dengan harga ayam mahal, ikan mahal dan semua barang mahal. 

“Bantulah para peniaga kecil seperti kami di gerai makanan dan kafe #PM #KerajaanPrihatin #KeluargaMalaysia #KPDNHEP,” desak seorang warganet.  

Dalam pada itu ada juga warganet yang mengingatkan kembali bagaimana Kerajaan terdahulu iaitu Pakatan Harapan (PH) menyelesaikan isu kenaikan harga barangan. Berikut adalah komen pemimpin-pemimpin PH pada ketika itu:

1) Kenaikan harga telur
Saifuddin Nasution – “Kementerian akan siasat.”
Salahuddin Ayub – “Ianya adalah perkara biasa disebabkan kenaikan bahan makanan ayam.”

(2) Kenaikan harga bawang 3 kali ganda
Saifuddin Nasution – “KPNHEP akan pantau kenaikan ini. Rakyat perlu tukar kepada bawang Holland.”

(3) Kenaikan harga ikan kembung
Salahuddin Ayub – “Saya pelik mengapa harga ikan kembung naik sedangkan ada 7 bilion ikan kembung dalam laut.”

(4) Kenaikan harga barangan kawalan
Saifuddin Nasution – “KPNHEP tidak menerima sebarang aduan kenaikan harga barang kawalan. Kita akan siasat.”

(5) Kenaikan harga barang mentah dan basah menjelang Aidilfitri 2019
Saifuddin Nasution – “KPNHEP puas hati dengan trend semasa harga barang keperluan. Tiada kenaikan mendadak (kenaikan sedikit demi sedikit itu perkara biasa).”

(6) Kenaikan harga barang keperluan pada penghujung 2018 dan sepanjang 2019
Lim Guan Eng – “Kenaikan harga barang disebakan banyak faktor seperti penyusutan nilai Ringgit, musim perayaan, kegiatan penyeludupan, kemarau di negara pengeluar selain sikap peniaga yang mahu mengaut keuntungan berlebihan. Ianya tidak dapat dielakkan.”

– TunCarlos.com