Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

'Saya sentiasa tanya diri sendiri untuk teruskan atau buang kes' -Tommy



GEORGE TOWN: Bekas Peguam Negara Tommy Thomas berkata, beliau hanya mendakwa individu di mahkamah sekiranya yakin sesuatu kes “boleh dimenangi”.

Ketika mempertahankan keputusannya untuk tidak meneruskan beberapa pendakwaan ketika memegang jawatan itu, Thomas berkata keputusannya dalam mendakwa seseorang atau sebaliknya berdasarkan kepada bukti dikemukakan, kertas siasatan dan undang-undang.

“Saya juga sentiasa bertanya pada diri sendiri, adakah kita mampu memenangi kes ini kerana tidak adil meletak seseorang dalam kandang tertuduh sekiranya pendakwaan tidak mampu memenangi kes,” katanya dalam wawancara bersama bekas diplomat, Dennis Ignatius hari ini.

“Ini soalan sama digunakan apabila meneliti kes terhadap Azmin, LTTE dan sebagainya,” katanya merujuk kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Azmin Ali, serta 12 individu yang didakwa mempunyai pertalian dengan Harimau Pembebasan Tamil Eelam.

Selain itu, Thomas turut mempertahankan keputusannya menarik diri daripada terlibat dalam kes rasuah terhadap Lim Guan Eng pada 2018, atas alasan perbicaraan terhadap Menteri Kewangan ketika itu adalah kepentingan awam.

Thomas berkata beliau telah memaklumkan Peguam Cara Negara untuk memutuskan perkara itu dan tidak mahu mengetahui apa-apa berkaitannya.

“Itu adalah kebenaran dan jika pembaca tidak mahu mempercayainya, maka terpulanglah kepada mereka.”

-FMT