Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Duda 26 tahun tayang 'burung sendiri' ditahan lokap



SHAH ALAM : Seorang pembantu jualan direman tiga hari di Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi membantu siasatan kes menunjukkan alat sulitnya semalam.

Perintah tahanan reman terhadap suspek berusia 26 tahun dilakukan Majistret Ellyna Othman.

Menurut sumber, seorang wanita yang sedang joging di kawasan perumahan terbabit terkejut apabila suspek menunjukkan alat kemaluannya pada pukul 6.30 petang.

Katanya, suspek ketika itu sedang melakukan onani di sebuah taman berhampiran sebelum dilihat wanita terbabit.

“Mangsa menjerit sebelum membuat laporan pada anggota keselamatan.

“Semakan pada rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati suspek seorang lelaki duda yang mempunyai seorang anak itu tinggal di lorong berhampiran sebelum laporan polis dibuat terhadapnya,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kanak-Kanak 1955.

-UTUSAN