Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Mahkamah tolak permohonan LHDN mufliskan Najib



KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masih belum diisytiharkan muflis walaupun masih didakwa ada tunggakan cukai pendapatan melebihi RM1.7 bilion oleh LHDN.

Sebaliknya, mahkamah memaklumkan bahawa masih belum berlaku sebarang tindakan yang membolehkan muflis (act of bankcruptcy) direkodkan.

“Peguam Hasil mencadangkan perlakuan kebankrapan telah berlaku dan dengan itu memohon agar tindakan kebankrapan itu direkodkan oleh mahkamah segera, namun, pihak kami membantah. Mahkamah kemudian memaklumkan ‘act of bankruptcy’ masih belum berlaku,”katanya.


Tambahnya, Najib akan memfailkan permohonan untuk menangguhkan prosiding kebankrapan itu dan mengetepikan notis untuk memufliskannya.

Mahkamah kemudian menetapkan 24 Mei ini untuk pengurusan kes lanjutan bagi pihak-pihak mengemaskini status permohonan yang perlu difailkan sebelum tarikh tersebut.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh peguam, Wee Yeong Kang yang mewakili Ahli Parlimen Pekan itu ketika dihubungi media selepas pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar, Ida Rahayu Sharif secara atas talian hari ini.

Selain Yeong Kang, prosiding atas talian itu turut disertai Peguam Hasil, Athari Faris Ammerry Hussien.

Sementara itu, pada prosiding di hadapan Timbalan Pendaftar Rini Triany Muhamad Ali, Yeong Kang memberitahu, mahkamah mengarahkan LHDN untuk memfailkan afidavit jawapan terhadap permohonan anak Najib, Datuk Mohd Nazifuddin untuk menggantung perintah untuk membayar tunggakan cukai pendapatan sebanyak RM37.6 juta.

Ujarnya, mahkamah kemudian menetapkan 9 Jun ini untuk pengurusan kes itu.


Pada 4 April lalu, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memfailkan notis untuk membankrapkan Najib atas kegagalannya membayar tunggakan cukai pendapatan termasuk faedah berjumlah RM1,738,804,204.16 bermula semalam. Jumlah itu turut termasuk kos mahkamah sebanyak RM15,000.

Pada 22 Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Ahmad Bache membenarkan permohonan LHDN bagi mendapatkan penghakiman terus menuntut tunggakan cukai pendapatan tambahan RM1.69 bilion dari tahun 2011 hingga 2017 termasuk penalti daripada Najib.

Hakim itu menyatakan tunggakan cukai pendapatan tambahan itu merupakan hutang kepada negara yang perlu dibayar.

Pada 5 Julai 2020, Mahkamah Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan LHDN untuk memasukkan penghakiman terus terhadap Mohd Nazifuddin untuk menuntut tunggakan cukai pendapatan berjumlah RM37.6 juta.

Rayuan Najib dan anaknya itu akan didengar di Mahkamah Rayuan, Putrajaya pada 16 Jun ini. 

-UTUSAN ONLINE