Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Polis sahkan objek yang ditemui di tapak pembinaan ibu negara bukan bom tangan


KUALA LUMPUR: Pekerja sebuah tapak pembinaan bangunan di ibu negara digemparkan dengan penemuan satu objek dipercayai “bom tangan”, kelmarin.

Bagaimanapun, pemeriksaan polis mendapati objek itu sebenarnya “power bank” berbentuk bom tangan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Mohamad Zainal Abdullah, berkata pihaknya menerima laporan penemuan objek itu daripada seorang pekerja di tapak pembinaan berkenaan pada 12.50 tengah hari.





“Pengadu memaklumkan menemui objek berkenaan ketika sedang melakukan kerja mengorek tanah di tapak pembinaan itu.

“Sepasukan anggota Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) bergegas ke lokasi sebelum anggota Unit Pemusnah Bom (UPB) dipanggil untuk menjalankan siasatan,” katanya, menurut laporan Berita Harian.



Beliau berkata, susulan pemeriksaan dijalankan, pasukan UPB mengesahkan objek ditemui itu ialah “power bank” bukannya bom tangan.

Katanya, walaupun kes itu dianggap salah faham, namun polis sentiasa bersiap sedia dan menjalankan siasatan atas setiap aduan dibuat orang awam.

-FMT