Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Rakaman video roket China terhempas berdekatan kepulauan Maldives


BEIJING: Roket Long March 5B milik China memasuki atmosfera bumi pada jam 10.24 pagi tadi waktu tempatan dan berkecai di Lautan Hindi.

Segmen daripada roket terbabit dilaporkan terbakar dan musnah apabila memasuki atmosfera bumi sebelum gugur berdekatan Kepulauan Maldives.

"Selepas memantau dan melakukan analisis, pada jam 10.24 pagi hari ini, sisa terakhir roket memasuki ruang udara bumi.

"Ia musnah sejurus memasuki atmosfera bumi," kata jurucakap Pejabat Kejuruteraan Angkasa China, hari ini.

lokasi terhempasnya roket Long March 5B




Terdahulu, Beijing percaya kesan kerosakan daripada segmen roketnya yang gugur ke bumi tidak mengakibatkan kerosakan yang besar.

"Kebarangkalian menyebabkan bahaya di lapangan sangat rendah," kata jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin.

Berdasarkan data ketenteraan Amerika Syarikat (AS), Space-Track, segmen roket itu dijangka memasuki atmosfera pada jam 2.11 pagi waktu tempatan di Mediterranean, dengan jangka masa antara satu jam.


Menerusi Tweet Space-Track, Skuadron Kawalan Angkasa 18 Angkatan Darat AS, Pangkalan Tentera Udara Vandenberg di California menyatakan, lokasi tepat ia gugur hanya diketahui selepas roket itu mendarat.

.Jurucakap Pentagon, Mike Howard berkata, ia berharap serpihan roket itu jatuh di tempat yang tidak mencederakan sesiapa. - AFP

Rakaman saksi terdekat dengan kawasan roket terhempas: