Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

"Saya yakin dengan idealisme UMNO, mereka lebih tegas dalam hal selamatkan ekonomi negara" -Anwar


PETALING JAYA: Anwar menegaskan bahawa kerjasama PKR dengan UMNO seperti yang heboh baru-baru ini tiada kaitan dengan usahanya untuk menjadi PM, sebaliknya ia adalah usaha bersama dua parti kawan-lawan itu tidak lebih daripada sekadar untuk menyelamatkan negara.

Katanya, matlamat kerjasama itu adalah untuk membentuk kerajaan baharu yang mana dasar ekonominya mengutamakan rakyat jelata, selain menyelamatkan negara daripada kebobrokan yang ada sekarang.

"Kita memberikan ruang dan kita lihat beberapa kenyataan pimpinan UMNO agak lebih tegas dalam hal menyelamatkan ekonomi negara dan menolak kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang tak sah ini.


"Pada masa sama dasar ekonomi yang seharusnya pro rakyat itu harus diketengahkan, itu semua nampak selari (antara dua parti ini)." katanya.

Tanpa menyebut nama, Anwar berkata beberapa pertemuan dengan pimpinan UMNO telah dibuat dan hasilnya positif.

Hal ini, katanya susulan persefahaman antara kedua-dua parti yang berjaya dibentuk malah beliau meyakini idealisme dibawa UMNO.


"Perbincangan ada, perbincangan yang tak rasmi dengan pimpinan parti, dan ia hanya perbincangan awal. Tapi dalam perbincangan awal ini, apa yang saya dapat kesan? Ia satu yang positif. Sebab kita lebih faham (UMNO). dan mereka lebih faham kita.

"Maka kalau kemungkinan kerjasama kita, yang kita lakukan dengan Amanah dan DAP, dan kini dengan UMNO yang sehaluan ini, kalau mereka (UMNO) terima landasan ini, ia landasan berteraskan idealisme,

"Saya berpuluh tahun dengan UMNO sebab apa? Sebab saya yakin dengan idealisme itu. Jadi kalau idealisme itu dijadikan landasan, maka saya fikir tak ada masalah." katanya dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia.

-UTUSAN