Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

"Bukan gagal jadi PM, cuma belum lagi" -Anwar


PETALING JAYA: “Bukan gagal jadi Perdana Menteri (PM), cuma belum lagi…” Itu kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim perihal kegagalan beliau berulang kali menjadi PM. 

Sebaliknya, bekas Timbalan Perdana Menteri itu cukup yakin harapan untuk menjadi pemimpin nombor satu negara masih ada. 

Malah Presiden PKR itu menegaskan beliau masih calon PM bagi Pakatan Harapan (PH).

Bagaimanapun, kata Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson, terdapat segelintir pihak yang kurang senang dengan usaha beliau, terutama golongan elit kaya yang digelarnya sebagai "tokoh yang berbillion-billion".


Bagaimanapun kata beliau, perkara itu tidak menjadi masalah kerana keutamaannya hanya untuk menjag akebajikan rakyat.

"Bukan gagal (jadi PM) cuma belum lagi. Saya harus terima kenyataan bahawa saya masih jadi calon PM bagi PH, dan insyaallah kalau boleh saya akan teruskan untuk menjaga kepentingan terutamanya rakyat bawahan."

"Saya tahu yang kaya-kaya ada duit berbillion-billion itu memang tak berapa setujulah. Tokoh yang berbillion-billion ini memang takut dengan saya. Saya ingat rakyat lebih faham dan lebih selesa." katanya dalam wawancara ekslusif bersama Mingguna Malaysia di kediamannya Rabu lalu. 


Ditanya tentang faktor usia beliau yang kini sudah 74 tahun dan sekiranya gagal lagi pada PRU-15 waktunya dilihat semakin singkat, Anwar berkata beliau memang memikirkan dalam tempoh usia tertentu hasrat menjadi PM jika terus tidak kesampaian ia akan dilepaskan kepada generasi baharu.

"Jangan sampai 95 tahun hendak jadi PM," katanya tertawa.

-UTUSAN