Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

"Saya tak nampak sebab Zahid dituduh, kes ini betul buang masa mahkamah dan wang rakyat" kata peguam


SINOPSIS KES DATUK SERI ZAHID (oleh peguam Datuk Rosni Zahari)

Hari ni saksi yang ke 99 pendakwaan, Insyaallah saksi yang terakhir sebelum pihak pendakwaan menutup kes mereka.

Setakat ini tiada bukti langsung akan wujudnya perbuatan rasuah, pengubahan wang haram atau penyalahgunaan kuasa.

Kesemua saksi yang hadir menyatakan bahawa mereka mengetahui DS Zahid mempunyai yayasan yang di panggil yayasan Akal Budi dengan objektif penubuhannya adalah untuk menjalankan kerja-kerja kebajikan serta aktiviti amal jariah kepada mereka yang memerlukan.


Tak perlu saya pergi into detail kerana saya ada membuat posting detailnya sebelum ini cuma apa yang nak saya jelas kan bahawa semua wang yang di sumbangkan adalah bagi kegunaan pembinaan masjid, maahad tahfiz, rumah anak yatim, pusat pengajian islam serta dermasiswa untuk pelajar pelajar miskin.

Oleh kerana nak mempastikan ketelusan urus tadbir wang wang sumbangan yang di terima, maka DS Zahid telah melantik peguam untuk menjaga kewangan yang di terima daripada penderma.

Peguam dari tetuan Lewis & co adalah pemegang amanah kepada Yayasan Akal Budi telah memasukkan wang-wang yang di terima ke dalam akaun pelanggan yang kemudiannya di masukkan dalam simpanan tetap berkala supaya klien mendapat dividen juga keperluan statutory (berkanun) sebagai firma guaman.


DS Zahid tidak pernah mengunakan wang dalam yayasan akal budi yang ditubuh oleh beliau untuk kepentingan diri sendiri.

Ada beberapa keadaan yang cek cek Yayasan Akal Budi digunakan untuk membayar kad kredit dan insuran kenderaan tapi fakta ini telah di akui oleh Setiausaha Sulit major Maslina pegawai yang menjaga urusan peribadi DS Zahid  bahawa itu kesilapan beliau dan DS zahid telah menganti semula wang-wang tersebut.

Apa yang penting yayasan ini di tubuhkan oleh DS Zahid dengan wang beliau sendiri dan tidak melibat kan dana awam langsung dan keterangan saksi saksi membukti kan bahawa tiada 1 sen pun di masukkan ke akaun peribadi DS Zahid.


Mungkin ada yang tertanya mengenai pelaburan di dalam Riyaz Asset utk pembelian Hotel 

Perlembagaan yayasan membolehkan yayasan membuat pelaburan selepas due diligence 
(penyiasatan atau audit ke atas potensi sesebuah pelaburan) di buat dengan tujuan mendapat keuntungan dan menambah kewangan yayasan.

Malangnya urusniaga tersebut tidak dapat dilaksanakan, maka wang pelaburan tersebut telah di kembalikan semula ke akaun yayasan malah jumlah bayaran pun berlebihan di sebabkan tukaran wang asing, oleh itu yayasan langsung tidak mengalami kerugian.


Hakikatnya saya tidak nampak kenapa DS Zahid di tuduh dan kes ini betul-betul membuang masa mahkamah dan wang ringgit rakyat.

Saya menyeru lah kepada pegawai-pengawai kerajaan samada SPRM , Peguam Negara atau lain lain pihak yang terlibat buat lah kerja dengan ikhlas dan jujur.

Jangan kerana ada arahan yang tidak wajar maka kita pun terlibat sama. 

Mahkamah tempat kita menegakkan keadilan bukan tempat untuk balas dendam. Wallahuallam.

sumber: FB Rosni Zahari

SINOPSIS KES DS ZAHID.. Hari ni saksi yang ke 99 pendakwaan insyaallah saksi yang terakhir sebelum pihak pendakwaan...

Posted by Rosni Zahari on Wednesday, 10 March 2021