Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Orang yang khianat tak akan menang, kalah teruk semua -Anwar


PETALING JAYA: “Saya berdoa agar yang khianat itu terus merudum,” demikian tegas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengulas perihal lompat parti yang bermaharaja lela sekarang ini.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, tindakan lompat parti itu mengkhianati amanah yang diberikan oleh pengundi, dan menyifatkannya sebagai langkah yang akan makan diri kerana ‘pengkhianat tidak akan menang’.

Beliau mendakwa, setakat ini belum pernah mana-mana individu yang digelar ‘pengkhianat’ – yang merujuk kepada politikus lompat parti – pernah memenangi sebarang pilihan raya, malah mendakwa semua mereka kalah teruk.


“Orang yang khianat ini tidak akan menang. Adakah yang khianat boleh menang? Belum ada, kalah teruk semua.

“Dan saya pun berdoa agar yang khianat itu terus merudum. Pengalaman kita dari 2004, yang khianat itu semua merudum. Sebaik sahaja dia khianat pengundi akan menghukum,” katanya kepada Mingguan Malaysia, Rabu lalu.

Justeru, beliau menggesa agar perbahasan mengenai Akta Lompat Parti dibuat segera demi memastikan satu peruntukan undang-undang dapat dikuatkuasa bagi menangani isu itu.

-UTUSAN