Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

SPRM tahan seorang pegawai negeri untuk siasatan kes terowong bawah laut Pulau Pinang


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperoleh bukti baru dalam siasatannya berhubung projek terowong bawah laut Pulau Pinang, yang menyebabkan penahanan bekas pegawai tertinggi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang hari ini.

Ketika dihubungi, sumber yang tahu mengenai siasatan berkenaan mengesahkan lelaki itu ditahan pada pukul 2 petang di ibu pejabat SPRM Pulau Pinang dan akan dihadapkan ke mahkamah esok.

Sumber di Putrajaya itu memberitahu Malaysiakini bahawa SPRM telah membuka semula siasatan berdasarkan "beberapa bukti baru".

"Banyak saksi akan dipanggil. Mereka dari kalangan pegawai negeri itu," kata sumber itu.


Difahamkan, lelaki itu yang merupakan seorang bekas kakitangan sebuah parti, dipanggil ke ibu pejabat SPRM petang ini untuk dirakam keterangannya.

The Star melaporkan bahawa pegawai SPRM juga menggeledah rumah lelaki berkenaan di Batu Ferringhi.

Terowong bawah laut adalah terowong sepanjang 7.2 km yang menghubungkan George Town di Pulau Pinang dengan Butterworth - yang merupakan sebahagian daripada Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) yang dirancang sejak tahun 2011, tapi telah memakan modal sehingga ratusan juta hanya semata-mata untuk kajian kes sahaja.

SPRM pertama kali memulakan siasatan terhadap projek itu pada Januari 2018 selepas itu ditangguh setelah Lim Guan Eng yang didakwa terlibat dalam projek ini telah dilantik menjadi Menteri Kewangan di bawah Kerajaan Pakatan Harapan selepas gabungan itu menang dalam PRU14.

-MalaysiaKini/ TunCarlos.com