UMNO Sabah sahkan terima surat permohonan Salleh Keruak sertai semula UMNO


Umno Sabah sudah menerima surat permohonan bekas Bendahari Umno Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak untuk menyertai semula parti, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Beliau berkata surat permohonan Salleh itu diterima Umno Sabah satu atau dua minggu lepas.

“Umno sudah pun menerima permohonan (Salleh) secara rasmi dan saya telah memanjangkannya (permohonan) itu kepada Majlis Tertinggi Umno untuk dipertimbangkan dan diperhalusi …(sedang dalam) proses diberi pertimbangan dan kelulusan.



“Umno Sabah terbuka iaitu kita membuka pintu kepada mana-mana bekas ahli dan pemimpin daripada mana-mana parti termasuk daripada Umno dahulu yang ingin kembali (menyertai Umno semula), kita terima,” katanya ketika dihubungi Bernama di Kota Kinabalu, hari ini.

Terdahulu, Salleh yang juga bekas Ketua Menteri Sabah menerusi catatan dalam blog beliau sallehsaid.com memaklumkan bahawa beliau telah membatalkan permohonannya untuk menyertai PKR.

Beliau mengambil keputusan itu pada April lalu selepas memikirkan secara mendalam dan mengambil kira landskap politik hari ini termasuk pergolakan dalaman PKR.

Salleh yang juga bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia memohon menyertai PKR pada Oktober tahun lalu selepas beliau bersama sebilangan besar kepimpinan UMNO Sabah meninggalkan parti pada Disember 2018.

- Bernama




Join our Telegram Channel
Telegram


UMNO Sabah sahkan terima surat permohonan Salleh Keruak sertai semula UMNO UMNO Sabah sahkan terima surat permohonan Salleh Keruak sertai semula UMNO Reviewed by Tun Carlos on July 01, 2020 Rating: 5

1 comment:

  1. Manusia yang tiada kesetiaan di dalam dirinya umpama manusia yang tiada maruah diri

    ReplyDelete

Powered by Blogger.