Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Peniaga rugi lebih RM110,000 kedai dipecah masuk ketika tempoh PKP



KUALA LUMPUR: Sebuah kedai menjual barangan vintaj iaitu Garasi Republik KL yang beroperasi di Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kampung Baru Kuala Lumpur kerugian lebih RM110,000 apabila premis itu dipecah masuk.

Kejadian disedari pemilik selepas seminggu tidak datang ke kedai itu susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dipercayai penjenayah mengambil kesempatan ketika PKP untuk melakukan jenayah ini.




Menurut pemilik kedai Shahrizal Mat Zain, antara barang jualan yang lesap ialah 500 utas jam tangan berjenama bernilai RM50,000. 200 cermin mata berjenama bernilai RM30,000 dan juga 6 helmet berjenama bernilai RM30,000.

Selepas seminggu ketika ingin memeriksa kedai, dia mendapati pintu masuk kedai itu telah dipecahkan. Setelah diperiksa didapati keadaan di dalam kedai habis berselerak.

Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Dang Wangi pagi tadi dan sepasukan Unit Pasukan Forensik hadir untuk membuat pemeriksaan.

BACA: Kekurangan kondom berskala global membimbangkan

sumber: Buletin TV3