Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Lapisan ozon semakin pulih kesan dari Covid-19



Semenjak China mengarahkan perintah berkurung di seluruh negara itu akibat kesan dari wabak Covid 19 pada Februari, lapisan ozon bumi dikatakan semakin memulih. Lubang ozon yang besar terbentuk di Antartika menjadi semakin mengecil.

Pada bulan Mac pula, hampir seluruh negara di dunia juga telah mengeluarkan arahan "lockdown" di negara masing-masing setelah virus itu merebak dengan cepatnya hingga melibatkan lebih setengah juta manusia di dunia dijangkiti wabak itu.

Di sudut yang lain, keadaan ini telah menyebabkan perubahan yang drastik kepada kualiti alam di seluruh dunia. Kualiti udara dan juga air semakin elok kesan dari koronavirus.




Di Venice, Italy ramai yang terkejut apababila air di terusan menjadi jernih tidak seperti sebelum ini. Jernihnya sehingga boleh nampak ikan di dalam air.

Italy adalah negara yang terjejas lebih teruk dari China akibat koronavirus. Ini menyebabkan semua rakyat di sana terpaksa berkurung di dalam rumah sehingga tempoh yang tidak diketahui. Setakat 28 Mac seramai 92,472 orang telah dilaporkan positif. 10,023 orang telah mati.

BACA: Kekurangan kondom berskala global membimbangkan

Beberapa penduduk yang tinggal di Venice mengaku mereka tidak pernah lagi melihat air yang membiru dan bersih seperti itu di Venice. Ikan lumba-lumba dilihat pertama kali menghampiri kawasan terusan di Venice.




Di banda-bandar besar seluruh dunia, jalan raya menjadi kosong dan lengang. Kilang-kilang ditutup operasinya. Kapal terbang tidak dibenarkan melakukan penerbangan. Kenderaan seperti kereta, bas dan motosikal juga tidak lagi digunakan semasa tempoh "lockdown".

Imej satelit dari China, Russia dan NASA menunjukkan penurunan ketara pencemaran nitrogen dioksida selepas Wuhan dan keseluruhan negeri di China menjalankan perintah "lockdown".

Di New York, saintis dari Columbia Universiti melaporkan pelepasan karbon dioksida (CO2) telah jatuh 5 hingga 10% dalam minggu ini sahaja.

Ya, setiap musibah yang berlaku sudah tentu ada hikmahnya. Mungkin sudah sampai masa untuk bumi kita "diservis" semula. Covid-19 dijadikan asbabnya.

Tetapi keadaan sebegini mungkin tidak kekal kerana China sudah menamatkan tempoh "lockdown" di seluruh negara itu dan juga di wilayah Hubei termasuk Wuhan apabila tiada lagi kes domestik Covid-19 yang dilaporkan di negara itu.

BACA: Jumlah terkini Covid-19

-Tun Carlos