Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kekurangan kondom berskala global, kilang di Malaysia dibenarkan beroperasi



NEW YORK: Seminggu selepas Biro Kesihatan New York City membuat pengumuman kesihatan yang menggalakkan warga Amerika melakukan seks dengan pasangan di rumah untuk mengelakkan anxiety (keresahan) ketika tempoh kuarantin, satu lagi krisis telah melanda di Amerika Syarikat dan juga seluruh dunia.

Menurut Guardian, kekurangan kondom berskala global dijangka berlaku selepas pengeluar kondom terbesar dunia menghentikan produksi.

Dr Amir Marashi dari jabatan kesihatan New York

Biro Kesihatan itu sebelum ini menasihatkan warga Amerika supaya mengamalkan pemakaian kondom ketika melakukan seks untuk menghalang kehamilan ketika pandemik. Ini adalah kerana hospital tidak mempunyai cukup kakitangan untuk melayan pesakit lain selain dari pesakit Covid-19.





Karex Bhd yang beroperasi di Malaysia adalah antara syarikat pengeluar kondom terbesar dunia telah ditutup selama seminggu kerana kerajaan Malaysia mengenakan lockdown kilang untuk menghentikan penyebaran pandemik.

Syarikat itu, yang memasarkan produk Durex di Amerika, "diberi kebenaran untuk memulakan semula pengeluaran pada hari Jumaat, tetapi dengan hanya menggunakan 50% tenaga kerja, di bawah pengecualian khusus untuk industri keperluan kritikal."

Pekerja di kilang Karex Malaysia memproses kondom di kilang terletak di Pontian, Johor

"Ia akan mengambil masa sedikit mempersiapkan kilang-kilang dan kami akan berjuang untuk memenuhi permintaan pada separuh kapasiti," kata ketua eksekutifnya, Goh Miah Kiat,

"Kita akan menyaksikan kekurangan kondom di seluruh dunia, ia sememangnya menakutkan. Kebimbangan saya ialah untuk banyak program kemanusiaan seperti di Afrika, kekurangan bekalan kondom bukan selama dua minggu atau sebulan. Kekurangan itu boleh berlarutan."

BACA: Lapisan ozon semakin pulih kesan dari koronavirus

-sumber: New York Post