Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

PKR tiada kuasa majoriti untuk lantik Anwar jadi PM- Bersatu


Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Tariq Ismail menasihatkan pemimpin PKR supaya jangan jadi seperti kanak-kanak dan berhenti bercakap mengenai isu peralihan kuasa.

Ia susulan kenyataan angota Parlimen Selayang (PKR) William Leong yang mahukan "pelan B" diaktifkan dan menjangkakan akan ada gerakan himpunan rakyat Reformasi 2.0 jika Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad tidak serahkan kuasa kepada Anwar Ibrahim seperti pada bulan Mei nanti.

"(Berhenti bercakap mengenai peralihan kuasa) ia mewujudkan ketidakpastian mengenai siapa yang memegang kuasa.

Tariq Ismail




"Seperti kanak-kanak, mereka mahu jaminan yang berterusan dari seorang negarawan yang tua bila dia akan menyerahkan kuasa.

"Dia (Mahathir) telah memberitahu banyak kali ia akan berlaku selepas APEC," kata Tariq kepada pemberita FMT.

Tariq turut mengingatkan PKR bahawa parti itu tidak lagi mempunyai kuasa majoriti di Dewan Rakyat untuk memutuskan Anwar Ibrahim atau sesiapa yang patut menjadi perdana menteri.

"Walaupun PKR telah memenangi kebanyakan kerusi, tetapi mereka tidak mempunyai majoriti untuk memutuskan siapa yang patut menjadi perdana menteri," katanya.

Beliau memetik Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa melantik seorang perdana menteri daripada kalangan anggota Parlimen yang mempunyai sokongan majoriti.

BACA: Reformasi 2.0 jika Tun M tak serah kuasa pada Mei

-Tun Carlos