Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

COVID-19: Singapura laksanakan notis jangan keluar rumah mulai hari ini.


SINGAPURA: Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian pada Isnin (17 Feb) mengumumkan langkah baru - Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) - bagi penduduk Singapura dan pemegang pas jangka panjang yang pulang ke Singapura dari tanah besar China dalam tempoh 14 hari lalu.

Mereka yang dikenakan notis tersebut perlu terus berkurung di rumah pada setiap masa sepanjang tempoh SHN untuk selama 14 hari.

Peraturan baru ini lebih ketat lagi berbanding Cuti Ketidakhadiran (LOA) yang berkuat kuasa sekarang. Bagi LOA, mereka yang menjalaninya masih dibenarkan untuk keluar rumah bagi membeli makanan atau barang keperluan rumah.




SHN akan berkuat kuasa mulai 11.59 malam pada Selasa (18 Feb) dan akan dikenakan ke atas semua orang dengan sejarah perjalanan ke China (luar Hubei).

Dengan pelaksanaan SHN, menurut Kementerian Kesihatan (MOH), Pemerintah tidak akan lagi mengeluarkan LOA kepada para pelawat sedemikian.

"Kebanyakan mereka di bawah rejim sekarang ini akan selesai menjalani LOA mereka dalam masa beberapa hari dan kami akan sentiasa memastikan pematuhan mereka sepanjang tempoh itu," menurut MOH.

SHN juga akan meliputi para pekerja dengan pas kerja yang pulang ke Singapura dari tanah besar China.




"Bagi pekerja sedemikian, kami sudah meminta majikan untuk mendapatkan kelulusan terlebih dahulu dari Kementerian Tenaga Manusia (MOM) sebelum mereka membuat perjalanan ke Singapura. Jika majikan memerlukan bantuan, MOM akan menghubungkan mereka kepada para pengendali hotel atau dormitori bagi pekerja mereka menjalani SHN," tambah kementerian itu.

MOH menyatakan pelaksanaan SHN adalah "satu lagi langkah berjaga-jaga yang kami ambil untuk mengurangkan risiko tambahan kes COVID-19 yang diimport".

Seperti mereka yang diletakkan di bawah LOA, para pelawat tersebut tidak disyaki berhubungan rapat dengan kes-kes jangkitan COVID-19 yang disahkan mahupun berasa tidak sihat atau menunjukkan simptom-simptom virus itu.

"Individu-individu ini berdepan kesulitan demi manfaat masyarakat lebih luas," menurut MOH.

"Dengan ini, kami menggesa semua tuan rumah supaya bekerjasama dan membenarkan penyewa mereka yang diletakkan di bawah SHN untuk menjalani peraturan 14 hari penuh mereka," tambahnya.

Pemerintah menyatakan ia akan terus melaksanakan langkah-langkah pemantauan dan penguatkuasaan untuk memastikan peraturan SHN dipatuhi.

BACA: Jumlah terkini virus Wuhan seluruh dunia

video: 


sumber: MediaCorp