Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Ramai mengadu Menteri PH sombong dan terputus hubungan dengan rakyat



KUALALUMPUR. Tun Daim Zainuddin berkata, keadaan politik sekarang adalah berlainan dengan jangkaan rakyat terhadap kerajaan sebelum pilihan raya dijalankan, kerajaan justeru harus menumpu kepada pemulihan keyakinan daripada rakyat.

Beliau berkata demikian ketika mengulas soalan mengenai pembentukan gabungan Pakatan Nasional antara wakil rakyat Bersatu, UMNO dan PAS.

“Ia bergantung kepada Pas, UMNO dan parti pemerintah, tetapi rakyat mahu kerajaan yang padu, stabil dan kuat, yakni kerajaan yang dapat memperjuangkan kebajikan rakyat,” katanya kepada wartawan Sinchew Daily.


Daim turut menasihatkan kerajaan sekarang supaya menyelesaikan masalah dan mengotakan janji, bukan menolak tanggungjawab kepada kerajaan terdahulu.

“Kami harus bergerak ke depan dan terus menggerakkan pembangunan negara,” katanya.

Daim berkata, para menteri harus menunjukkan prestasi, terutamanya kerana ramai orang mengadu tentang menteri yang sombong dan ‘terputus hubungan’ dengan rakyat.


Katanya, rakyat akan melihat perbezaan seseorang pemimpin yang peramah semasa berada di pihak pembangkang, tetapi sikap mereka berubah selepas menjadi menteri.
“Rakyat tidak akan percaya kalau menteri kata mereka terlalu sibuk hingga tidak boleh berjumpa.

“Memang betul ada protokol dan menteri juga sangat sibuk, tetapi mereka juga jangan lupa bahawa mereka dilantik pengundi dan perlu berkhidmat untuk rakyat,” katanya.

Menurut Daim lagi, gaji menteri dibayar rakyat dan setiausaha politik, setiausaha akhbar, setiausaha sulit dan pembantu khas menteri telah dilantik untuk membantu menyelesaikan masalah rakyat.

Oleh itu tiada alasan untuk cakap Menteri terlalu sebok.

-Tun Carlos