Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Portal Rasmi KKM digodam, mesej penggodam dipapar di laman utama


KUALA LUMPUR – Portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dipercayai menjadi sasaran serangan siber apabila laman web berkenaan memaparkan mesej daripada pihak yang mendakwa bertanggungjawab terhadap pencerobohan tersebut.

Paparan pada laman utama portal itu menunjukkan mesej daripada kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai "M U S H R 0 0 W", selain memaparkan pautan ke saluran Telegram yang dipercayai milik kumpulan berkenaan.


Insiden itu pantas tular di media sosial dan mengundang kebimbangan orang ramai mengenai tahap keselamatan sistem digital kerajaan serta kemungkinan berlaku pencerobohan terhadap data atau maklumat sensitif.

Mesej dari pihak penggodam di laman utama portal rasmi KKM


Lebih menarik perhatian, insiden penggodaman ini berlaku ketika KKM masih menjadi tumpuan susulan kontroversi berkaitan Waran Sekatan Peruntukan Mengurus yang didakwa melibatkan kira-kira RM3.6 bilion. 

Bagaimanapun, KKM sebelum ini menegaskan dakwaan bahawa peruntukan kementerian telah "dipotong" sebanyak RM3.06 bilion adalah tidak tepat dan mengelirukan, sambil menjelaskan waran sekatan merupakan mekanisme pengurusan kewangan yang lazim dalam pentadbiran kerajaan.




Walaupun setakat ini tiada bukti yang menunjukkan penggodaman portal KKM mempunyai kaitan dengan isu waran sekatan tersebut, kejadian yang berlaku dalam tempoh yang hampir sama dijangka terus mencetuskan perhatian serta persoalan dalam kalangan masyarakat.

Sehingga kini, pihak KKM belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai punca serangan siber itu, sama ada berlaku kebocoran data, atau tempoh yang diperlukan untuk memulihkan sepenuhnya sistem berkenaan.

Pihak berkuasa dijangka menjalankan siasatan bagi mengenal pasti dalang di sebalik serangan tersebut, selain memperkukuh langkah keselamatan siber bagi mengelakkan insiden sama berulang.

-TunCarlos.com