PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Setiawangsa mengumumkan akan mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing berkuat kuasa esok.
Kedua-dua mereka hari ini berkata akan memaklumkan perkara itu kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul esok.
Mereka juga memaklumkan keluar dari PKR dan menyertai Parti Bersama Malaysia pada Selasa depan.
Kedua-dua mereka juga akan memaklumkan menerusi surat rasmi mengenai keputusan meninggalkan PKR kepada Setiausaha Agung PKR, Datuk Fuziah Salleh Selasa ini.
Terdahulu, Rafizi bersama Nik Nazmi pada satu sidang media di Petaling Jaya, mengesahkan akan mengambil alih sebuah parti politik dikenali MUP.
Selain mereka berdua, turut kelihatan pada majlis itu ialah beberapa Ahli Parlimen PKR lain termasuk Wong Chen (Subang), Datuk Bakhtiar Wan Chik (Balik Pulau), Rodziah Ismail (Ampang), Zahir Hassan (Wangsa Maju) and Lee Chean Chung (Petaling Jaya).
Susulan perkembangan itu, Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh berkata parti akan memutuskan dalam masa terdekat kedudukan Rafizi dan Nik Nazmi, selain beberapa wakil rakyat PKR lain termasuk yang menghadiri majlis pengambilalihan Parti Bersama Malaysia.
"Setelah sekian lama menyerang parti berterusan, akhirnya Rafizi umum ambil alih parti baharu. PKR akan buat keputusan dalam masa terdekat, juga akan bincang status Ahli Parlimen kita yang turut hadir di acara terbabit," katanya kepada BH

