Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Jalil Hamid meninggal dunia dalam tidur

 

KUALA LUMPUR: Industri seni tanah air dikejutkan dengan pemergian pelakon veteran, Jalil Hamid yang dilaporkan meninggal dunia secara mengejut tengah hari Isnin.

Berita duka itu disahkan oleh ahli keluarga terdekat, memaklumkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 12.30 tengah hari di kediamannya.


 Difahamkan, beliau ditemui dalam keadaan tidak bernyawa ketika sedang tidur. 

Menurut anaknya, keadaan tersebut hanya disedari selepas ibunya masuk ke bilik untuk melihat keadaan Allahyarham sebelum mendapati beliau sudah pun meninggal dunia.

Allahyarham yang berusia 69 tahun merupakan antara figura lama industri hiburan yang cukup dikenali, dengan sumbangan besar dalam dunia lakonan tempatan.

Pemergian beliau pastinya meninggalkan kesan mendalam kepada keluarga, rakan artis serta peminat yang mengikuti perjalanan kariernya selama ini.

-TunCarlos