Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

MKT UMNO terima semula 6,252 bekas pimpinan termasuk Hishamuddin, Khairy dan Hamid Albar


KENYATAAN MEDIA

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung di Melaka pada 17 April 2026 bersamaan 28 Syawal 1447H telah mengadakan perbincangan dan membuat beberapa ketetapan sebagaimana berikut:

1. Menyokong dan mendukung penuh gagasan Rumah Bangsa yang dicetuskan oleh YAB Presiden UMNO untuk menerima kembali tanpa syarat mana-mana ahli yang digantung, dipecat atau keluar parti atas apa jua faktor.  Antara nama-nama pemohon yang telah diputuskan oleh MKT termasuk YB Dato’ Sri Hishammuddin Tun Hussein, En Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar dan 6,252 bekas pimpinan serta ahli di peringkat UMNO Bahagian dan Cawangan seluruh Malaysia.


2. Selaras dengan Fasal 5.2 Perlembagaan UMNO, Majlis Kerja Tertinggi juga telah membuat pindaan terhadap Peraturan Keahlian UMNO dengan membolehkan pendaftaran secara atas talian bagi mempermudahkan kemasukan ahli baharu terutamanya di kalangan anak-anak muda.

3. Menyedari cabaran kos sara hidup yang dialami oleh rakyat akibat kenaikan harga minyak dan inflasi global disebabkan kesan peperangan di Iran, Majlis Kerja Tertinggi menyarankan agar negeri-negeri yang diterajui oleh pimpinan UMNO khususnya Johor, Melaka, Perak dan Pahang agar memfokuskan bantuan-bantuan tambahan kepada pelbagai kelompok masyarakat yang terkesan. 

4. Sempena minggu Sambutan 80 Tahun UMNO yang akan berlangsung dari 1hb Mei hingga 5hb Mei 2026 di World Trade Centre, Kuala Lumpur beberapa program utama akan dilangsungkan termasuk Konvensyen 80 Tahun UMNO, Kongres Pendidikan Bumiputera, Karnival Keusahawanan dan Pendidikan termasuklah Majlis Khas Ramah Mesra Pemuda dan Puteri UMNO bersama ahli-ahli baharu.

5. Selaras dengan Fasal 10.15 Perlembagaan UMNO, Majlis Kerja Tertinggi telah memberikan kebenaran kepada sayap-sayap parti Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri untuk mengadakan persidangan peringkat cawangan secara hibrid atau gabungan antara kehadiran secara fizikal dan secara atas talian khususnya dalam tahun yang tiada pemilihan parti.

SUA UMNO