Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Konflik Timur Tengah: Kerajaan Sarawak umum potongan bil elektrik 25%


Kerajaan Sarawak tampil dengan langkah mengejutkan apabila mengumumkan potongan bil elektrik sebanyak 25 peratus untuk pengguna domestik, bermula April hingga Disember 2026. 

Inisiatif ini diperkenalkan bagi meringankan beban rakyat yang kini berdepan peningkatan kos sara hidup, terutama susulan ketidaktentuan harga tenaga global akibat konflik di Timur Tengah. 


Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menjelaskan, lebih 700,000 isi rumah dijangka menerima manfaat daripada diskaun tersebut, dengan kerajaan negeri menanggung keseluruhan kos yang dianggarkan mencecah ratusan juta ringgit. 

Menurut beliau, langkah ini bukan sesuatu yang baharu, sebaliknya kesinambungan bantuan seperti yang pernah dilaksanakan sebelum ini bagi memastikan kebajikan rakyat terus terbela. 

Dalam masa sama, kerajaan negeri turut memperkukuh usaha jangka panjang melalui projek tenaga alternatif dan pembangunan infrastruktur, termasuk memastikan kawasan luar bandar menikmati bekalan elektrik stabil tanpa terlalu bergantung kepada diesel yang semakin mahal. 

Kerajaan Sarawak juga akan terus memantau perkembangan global bagi memastikan langkah proaktif dapat diambil sekiranya tekanan ekonomi semakin memuncak. 

-TunCarlos