Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

UMPSA siasat pelajar sebar kandungan 3R di media sosial



Pekan, 25 Februari 2026: Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) memandang serius penyebaran kandungan di media sosial menerusi akaun milik seorang individu yang sedang viral dikatakan membabitkan nama universiti itu serta menyentuh isu berkaitan agama, kaum dan institusi diraja (3R).

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, kandungan berkenaan didakwa telah mencetuskan ketegangan antara kaum serta berpotensi menggugat keharmonian awam.


UMPSA menegaskan bahawa pihak universiti tidak akan berkompromi terhadap sebarang penyebaran kandungan palsu atau unsur yang menghasut kebencian. Sentimen berkaitan 3R, menurut universiti itu, tidak boleh dipandang remeh dan setiap individu perlu sentiasa menjaga batasan serta sensitiviti masyarakat majmuk negara ini.

“Siasatan sedang dijalankan dan tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pelajar yang didapati bersalah atas kesalahan tatatertib,” menurut kenyataan itu.

Tindakan tersebut akan dibuat selaras dengan peruntukan di bawah Kaedah-Kaedah Universiti dan Kolej Universiti (Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah) (Tatatertib Pelajar) 2024.

Dalam masa sama, UMPSA mengingatkan seluruh warga universiti agar terus mengutamakan sikap hormat-menghormati dan semangat kasih sayang dalam kehidupan bermasyarakat.

Warga universiti turut diingatkan supaya tidak menyebarkan kandungan berkaitan isu 3R di media sosial yang boleh menjejaskan keamanan dan keharmonian negara.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Pusat Komunikasi Korporat UMPSA hari ini.

Sejak semalam, tular kandungan platform sosial media seorang individu dikatakan pelajar UPMSA Pekan menghina agama Islam di platform Thread. 

-TunCarlos