Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Chegubard terlibat kemalangan, kereta hilang kawalan langgar tiang jambatan


REMBAU, 26 Feb 2026 – Seorang aktivis politik terkenal, Badrul Hisham Shaharin atau lebih mesra dipanggil Chegubard, mengalami kemalangan jalan raya awal pagi ini ketika cuba mengelakkan seekor haiwan yang tiba-tiba melintas di laluan pemanduannya di kawasan luar bandar Rembau. 

Menurut Deputi Superintendan Azmi Ali, Timbalan Ketua Polis Daerah Rembau, kejadian berlaku sekitar 12.30 pagi di Km 7.3, Jalan Chengkau–Pilin–Lubuk Cina, ketika Chegubard dalam perjalanan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Rembau menuju ke Kampung Lada Chengkau. 


Ketika melalui lokasi tersebut, sebuah haiwan yang tidak dikenalpasti dipercayai melintas dari sebelah kanan ke kiri jalan.

 Dalam usaha mengelakkan pertembungan, pemandu 4WD jenis Toyota Hilux itu dikatakan hilang kawalan, menyebabkan kenderaan melanggar tiang jambatan di bahu jalan.

Akibat perlanggaran itu, pacuan empat roda tersebut mengalami kerosakan termasuk tayar depan kiri pecah, bampar depan remuk dan bonet kenderaan kemik.








 Walaupun kenderaan teruk terjejas, Chegubard tidak cedera dan dilaporkan bersyukur kerana selamat daripada kecederaan serius.

Beliau turut berkongsi pengalamannya di media sosial, menyatakan rasa syukur kerana terselamat daripada kemalangan tersebut. 

-TunCarlos