PETALING JAYA: Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin dipecat daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuatkuasa hari ini.
Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu, Datuk Mohd Radzi Manan) berkata, keputusan itu diambil selepas mendapati Hamzah melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan parti itu.
“Adalah dimaklumkan bahawa Pihak Lembaga Disiplin telah bersidang pada 12 Februari 2026 dan telah memutuskan bahawa Datuk’ Seri dipecat hak-hak keahlian dalam parti di bawah Fasal 22.5 berkuatkuasa mulai tarikh surat ini dikeluarkan.
“Ia kerana tindakan Datuk Seri melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan Bersatu. Sila ambil perhatian bahawa notis ini berkuat kuasa serta-merta,” katanya dalam kenyataan.
Bagaimanapun, tambah Mohd. Radzi, Hamzah boleh mengemukakan rayuan untuk dipertimbangkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh notis tersebut.
-UTUSAN

