Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Da'i Syed dibebaskan sementara selepas penjara 21 hari

 

PUTRAJAYA, 13 Feb:  Pendakwah selebriti Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, lebih dikenali sebagai Da’i Syed, dibenarkan dibebaskan secara sementara oleh Mahkamah Rayuan hari ini setelah permohonannya untuk menggantung pelaksanaan hukuman penjara diluluskan oleh panel tiga hakim. 

Syed, 31, sebelum ini menjalani 21 hari hukuman penjara di Penjara Kajang susulan sabitan atas pertuduhan merogol seorang wanita dalam kejadian sekitar tujuh tahun lalu. Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Januari telah mengekalkan keputusan sabitan serta hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan terhadap beliau. 


Panel hakim diketuai Datuk Azmi Ariffin memutuskan bahawa permohonannya untuk menggantung pelaksanaan hukuman layak dipertimbangkan ketika menunggu keputusan rayuan kesnya di Mahkamah Tinggi. 

Dengan keputusan itu, Syed dibenarkan keluar dari penjara sementara proses perundangan diteruskan. 

Dalam prosiding yang berlangsung, Syed dilihat mengucapkan syukur selepas keputusan diumumkan dan berpeluang bertemu ahli keluarganya di galeri mahkamah. 

Kes Da’i Syed mendapat perhatian umum sejak sabit kesalahan dan hukuman berat itu, yang kemudiannya telah menimbulkan perdebatan dalam media dan kalangan pengikutnya serta pemerhati

-TunCarlos