Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Doktor sahkan tulang pinggul Tun M retak


Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mengalami keretakan tulang pinggul kanan dan memerlukan beberapa minggu untuk dirawat di hospital, kata pembantunya.

Dalam kemas kini kepada media, setiausaha akhbarnya, Sufi Yusoff, berkata bahawa keadaan Mahathir disahkan selepas penilaian perubatan.


"Selepas penilaian perubatan, telah disahkan bahawa Mahathir mengalami keretakan pada pinggul kanan.

"Mahathir dijangka berada di hospital untuk beberapa minggu akan datang untuk rawatan dan pemerhatian," kata Sufi kepada media.

Mahathir dibawa ke hospital pagi ini selepas terjatuh di kediamannya di Seri Kembangan, Selangor.

 Kejadian itu berlaku kira-kira jam 9 pagi ketika Mahathir sedang "beralih" dari balkoni ke ruang tamu, kata Sufi.

Dia berkata bekas perdana menteri itu dalam keadaan sedar dan dibawa ke Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur dengan ambulans.

Mahathir kali terakhir dimasukkan ke hospital di IJN pada Julai tahun lepas selepas mengalami keletihan semasa acara di Putrajaya, hanya beberapa hari selepas menyambut ulang tahunnya yang ke-100.