Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Saya pun nak 'celebrate' mahkamah tinggi rasmi Terowong Pulau Pinang -Tok Mat




KUALA LUMPUR, 22 Disember: Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan (Tok Mat), turut menyindir kenyataan pemimpin DAP, Yeo Bee Yin mengenai kenyataannya terhadap kes DS Najib Razak.

Mengulas tindakan segelintir pemimpin DAP yang didakwa meraikan keputusan mahkamah membabitkan Najib, sikap sedemikian mencerminkan ketidakmatangan politik serta kegagalan memahami semangat kedaulatan undang-undang.


“Saya pun tunggu nak celebrate apabila Mahkamah Tinggi merasmikan Terowong Pulau Pinang, mungkin pertengahan tahun 2026,” katanya secara sinis dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan tersebut merujuk kepada kes rasuah projek terowong bawah laut Pulau Pinang yang melibatkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, seorang tokoh utama DAP, yang masih melalui proses perbicaraan di mahkamah.



Sebelum ini beliau juga mengingatkan bahawa kerajaan perpaduan dibentuk atas asas saling menghormati dan tanggungjawab bersama, bukannya medan untuk menyindir atau memprovokasi rakan gabungan demi kepentingan politik sempit.

Tindakan sedemikian bukan sahaja mencederakan hubungan antara parti, malah berisiko menimbulkan kemarahan akar umbi dan rakyat yang mengharapkan kepimpinan lebih berhemah.

Kenyataan Tok Mat itu dilihat selari dengan nada tegas beberapa pemimpin UMNO lain yang menyelar tindakan kurang sensitif tersebut.

-TunCarlos