Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Nak berkawan, kawan betul-betul. Nak berlawan, kita lawan betul-betul -Wan Rosdy


KUANTAN, 22 Disember: Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail, mengeluarkan kenyataan tegas susulan kenyataan yang dibuat oleh pemimpin DAP, Yeo Bee Yin, yang dilihat mencetuskan ketegangan dalam kalangan parti-parti yang membentuk kerajaan perpaduan.

Menurut Wan Rosdy, kerjasama politik tidak boleh bersifat bermuka-muka atau bermusim, sebaliknya perlu dibina atas keikhlasan dan saling menghormati.


“Jika nak berkawan, berkawan betul-betul. Jika nak berlawan, kita berlawan betul-betul,”tegas beliau di Facebook ketika mengulas isu berkenaan.

Kenyataan tersebut dipercayai merujuk kepada tindakan beberapa pemimpin Democratic Action Party (DAP) yang memuat naik hantaran di media sosial seolah-olah meraikan keputusan mahkamah berkenaan

Wan Rosdy yang juga Pengerusi UMNO Pahang pernah menegaskan bahawa kerajaan perpaduan dibentuk atas dasar tanggungjawab kepada rakyat. Jangan ada pihak yang seolah-olah mahu berpolitik dengan gaya meraikan atau menyindir rakan sendiri sehingga menimbulkan kekeliruan dan kemarahan akar umbi.

Dalam konteks landskap politik negeri, keputusan Pilihan Raya Negeri lalu menunjukkan keseimbangan kuasa yang memerlukan tahap kerjasama tinggi antara parti. 

Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang mempunyai 42 kerusi, dengan pembahagian berikut:

Barisan Nasional (BN): 17 kerusi
Perikatan Nasional (PN): 17 kerusi
Pakatan Harapan (PH): 8 kerusi

Pembahagian ini menjadikan Pahang sebuah negeri yang menuntut kebijaksanaan dan kematangan politik daripada semua pihak.

-TunCarlos.com